Jenazah Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih pagi tadi.<br /><br />Sebelum itu jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Pekan, Semenyih, yang turut dihadiri ahli keluarga, sanak saudara selain sahabat handai beliau.